My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Saturday 19 March 2016

chromenik

Salam.


Aku tak tahu kenapa dengan google chrome ni.

Bila aku klik setiap tab, automatik reload.

Aku je ke yang ada masalah ini?

Oh tidak...

Habislah data aku,

Google chrome aku makin kronik.

Tolong aku ;(


Sayonara.

Thursday 17 March 2016

Pengenalan WooP

Salam.


Hrmm...


Kali ni aku menulis tentang iklan yang aku baru daftar tadi. Namanya 'WOOP'. 'WOOP' ini merujuk kepada 'Woman Of Opinion'. Wow... menarikkan. Lebih menarik buat peminat barangan percuma macam aku ni.


Tapi walaupun 'woman', lelaki juga boleh menyertai WOOP juga tau!


Maknanya, semua orang boleh menyertai WOOP ini dengan syarat individu itu mestilah berumur 16 tahun ke atas.



Jadi mesti kenapa anda menyertai WOOP ini?


Haa... Setiap kali anda menyiapkan mission, anda akan diberikan pointer. Pointer tersebut boleh digunakan untuk menebus pelbagai barang yang ditawarkan.







Nak join? Klik gambar.



Nampak tak pointer aku berapa? 95 weh... klik klik je :)







Nak join? Klik gambar.


Nampak sangat semangat aku nak klik-klik hari ni. Sampai habis surver 'daily mission' aku buat. 








Nak join? Klik gambar.


Okay. Mission ni ada dua. Macam apa yang dipaparkan pada gambar di atas, terdapat 'daily mission' dan 'big mission'. Daily mission hanya perlu klik sahaja dan boleh terus mendapat pointer. Berbeza dengan Big mission yang memerlukan anda untuk mengisi pendapat sendiri berdasarkan kenyataan yang diberikan.Dan  pointer tidak akan diperoleh secara terus.

Apa-apapun pointer untuk Big Mission lebih lumayan tau!








Nak join? Klik gambar.


Antara barangan yang boleh ditebus jika pointer sudah mencapai tahap tertentu.








Nak join? Klik gambar.

Daily Mission yang aku dah siapkan petang ini.



Boleh daftar di "WOOP". Kslau dah daftar boleh komen dekat bawah ya.


Sayonara.


Wednesday 16 March 2016

Will you... Marry?

Salam.


Ini entri khas buat manusia gedik lagi gatal.


Hahaha tak adalah gurau sahaja. Harap jangan ada yang dah gigit jari baca ayat di atas sebab terasa. *gelak kuat*


Tadi aku belek-belek telegram. Dah lama sangat aku tak bukak. Ada yang notification dah sampai beratus. Kejap. Seribu lebihpun ada,


Okay. Bukan isu itu yang aku nak kecoh.


Entah macam mana aku boleh tertekan satu group. Dah alang-alang tu aku baca jelah. Scroll punya scroll ada satu entri penulis tersebut yang aku tertarik.


"Will you marry you?"


Hrmm... Apa maksudnya?


Selalunya orang akan kata "will you marry me?". Bukannya "will you marry you?"


Sebenarnya, ayat tersebut nak tanya kita, adakah kita sanggup nak berkahwin dengan orang yang sama perangai dengan kita. Atau dengan kata lain, berkahwin dengan orang yang seolah-olah refleksi diri kita sendiri.


Deep?


Andai kata aku degil, keras kepala dan kuat mengamuk... Berkahwin dengan seseorang yang sama perangai dengan aku. Erk.


Apa akan jadi eh?


Ataupun aku ni jenis kuat mengata. Tiba-tiba dapat suami yang kaki umpat jugak.. Ehem. Mungkin welkem to da klab lah jawapannya.


Dari sisi yang lain, aku mungkin seorang yang kuat menangis. Tak boleh nak handle masalah sendiri dan asyik kena bantuan. Dan aku dapat orang yang berperangai macam tu jugak. Berkemungkinan aku stress tengok 'si dia' dan 'si dia' pun mungkin stress tengok aku jugak.


Patutlah aku selalu jumpa dengan pasangan yang masing-masing ibarat kutub utara dengan kutub selatan. Jauh beza. Dengan sikap macam tu, kehidupan mereka ibarat kepingan puzzle yang saling melengkapi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya. Saling melengkapi walaupun yang sebenarnya kepingan puzzle itu daripada dua puzzle yang berlainan. Hahaha.


Marry Me - Mark Adam.

Sayonara.

Tuesday 15 March 2016

Salah 'timing'

Salam,

Kenapalah setiap kali aku nak buat kerja kursus, waktu itu jugak baru aku dapat ilham nak tulis cerpen?

Kenapa eh?

Nampak sangat aku malas nak buat kerja kursus. Sedangkan lepas cuti sekolah nanti aku kena buat presentation kerja kursus.

Hahaha... -/\-



Mungkin korang boleh bagi aku apa-apa idea untuk aku tulis dalam entri seterusnya. Soalan, topik atau apa-apa saja. Boleh komen dekat sini.. atau cbox... atau korangpun malas nak taip...? -[x]-


Sayonara.

Monday 14 March 2016

Setelah Dia Pergi.

Salam,


Sebagai anak tunggal yang sangat rapat dengan ibu, aku tak pasti sama ada orang boleh memahami apa yang aku rasa. Mungkin ada orang yang sudi mendengar kisah masalah kita, tapi itu tak bererti orang tersebut akan memahami diri kita.


Selepas ibu aku dah meninggal... Ramai orang yang tanya "Kau okay?"


Setiap kali soalan itu ditujukan dekat aku, aku akan terfikir ' aku okay ke? Seriuslah weh aku tak okay.'


Tapi aku cuma boleh tersenyum, angguk kepala dan kata... "Aku okay."


Fake?


Aku bukannya nak jadi penipu walaupun secara teknikalnya aku dah menipu orang sekaligus menipu diri aku sendiri. Mungkin sebab selama ini aku sebagai anak tunggal, hanya ibu seorang sahaja yang memahami aku. Tapi sekarang dia dah tak ada.


Tapi selain daripada itu, aku cuba kongsikan melalui penulisan. Dan bloglah antara medium yang aku gunakan untuk menulis selain daripada diari aku.


Waktu kali pertama ibu aku nazak tahun lepas, aku masih tak dapat lupakan apa yang aku dah rasakan. Perasaan pengharapan yang sangat kuat sampaikan kau boleh rasakan lututkau lemah tak sanggup nak berdiri. Mungkin sebab waktu itu masih ada harapan dan aku rasa sangat-sangat sedih sebab aku tak pasti ibu aku boleh meneruskan hidup ataupun tidak. Dan akhirnya dia diberikan peluang kedua pada waktu itu.


Bukan peluang untuk dia sahaja, malahan untuk aku juga.


Tapi bila kali ini, dia dah pergi. Aku tahu dia pergi tak akan pernah kembali lagi. Aku rasa kosong. Aku lupa. Secara automatiknya aku lupa segala cerita yang dia pernah ceritakan pada aku. Aku lupa suara dia. Aku lupa semuanya.


Satu perasaan yang aku tak pandai nak bagitahu dalam bentuk ayat.


Walau apapun, masa berlalu bergerak. Perasaan kosong masih tetap kosong. Semangat yang hilang masih belum kembali. Tetapi perasaan nostalgia akan tetap merantai aku.


Mungkin orang tengok aku dah kembali okay. Ceria. Gelak. Kuat bercakap. Tapi mereka tak tahu aku sedang bayangkan yang aku bersama-sama dia. Semua benda yang aku buat, dia masih bersama-sama dengan aku.


Dia insan yang sangat... sangat... sangat rapat dengan aku. Bagi aku sangat kejam kalau orang lihat aku macam dah lupakan semuanya sedangkan mereka tak tahu apa yang aku rasakan.


Aku cuma membuatkan semuanya kembali normal sama seperti waktu ibu aku masih ada sebab aku masih mahu merasakan kehadirannya.


You. You are hurting me by your words. Are you trying to kill me? Do you realise that? 

Sayonara.

Followers