My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Monday 14 March 2016

Setelah Dia Pergi.

Salam,


Sebagai anak tunggal yang sangat rapat dengan ibu, aku tak pasti sama ada orang boleh memahami apa yang aku rasa. Mungkin ada orang yang sudi mendengar kisah masalah kita, tapi itu tak bererti orang tersebut akan memahami diri kita.


Selepas ibu aku dah meninggal... Ramai orang yang tanya "Kau okay?"


Setiap kali soalan itu ditujukan dekat aku, aku akan terfikir ' aku okay ke? Seriuslah weh aku tak okay.'


Tapi aku cuma boleh tersenyum, angguk kepala dan kata... "Aku okay."


Fake?


Aku bukannya nak jadi penipu walaupun secara teknikalnya aku dah menipu orang sekaligus menipu diri aku sendiri. Mungkin sebab selama ini aku sebagai anak tunggal, hanya ibu seorang sahaja yang memahami aku. Tapi sekarang dia dah tak ada.


Tapi selain daripada itu, aku cuba kongsikan melalui penulisan. Dan bloglah antara medium yang aku gunakan untuk menulis selain daripada diari aku.


Waktu kali pertama ibu aku nazak tahun lepas, aku masih tak dapat lupakan apa yang aku dah rasakan. Perasaan pengharapan yang sangat kuat sampaikan kau boleh rasakan lututkau lemah tak sanggup nak berdiri. Mungkin sebab waktu itu masih ada harapan dan aku rasa sangat-sangat sedih sebab aku tak pasti ibu aku boleh meneruskan hidup ataupun tidak. Dan akhirnya dia diberikan peluang kedua pada waktu itu.


Bukan peluang untuk dia sahaja, malahan untuk aku juga.


Tapi bila kali ini, dia dah pergi. Aku tahu dia pergi tak akan pernah kembali lagi. Aku rasa kosong. Aku lupa. Secara automatiknya aku lupa segala cerita yang dia pernah ceritakan pada aku. Aku lupa suara dia. Aku lupa semuanya.


Satu perasaan yang aku tak pandai nak bagitahu dalam bentuk ayat.


Walau apapun, masa berlalu bergerak. Perasaan kosong masih tetap kosong. Semangat yang hilang masih belum kembali. Tetapi perasaan nostalgia akan tetap merantai aku.


Mungkin orang tengok aku dah kembali okay. Ceria. Gelak. Kuat bercakap. Tapi mereka tak tahu aku sedang bayangkan yang aku bersama-sama dia. Semua benda yang aku buat, dia masih bersama-sama dengan aku.


Dia insan yang sangat... sangat... sangat rapat dengan aku. Bagi aku sangat kejam kalau orang lihat aku macam dah lupakan semuanya sedangkan mereka tak tahu apa yang aku rasakan.


Aku cuma membuatkan semuanya kembali normal sama seperti waktu ibu aku masih ada sebab aku masih mahu merasakan kehadirannya.


You. You are hurting me by your words. Are you trying to kill me? Do you realise that? 

Sayonara.

10 comments:

  1. sedihnya baca post ni, saya pun paling rapat ngan mak sejak kecil lagi. lepas ayah dah meninggal ,, ahh, maaf tak dapat teruskan komen, mata berkaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.... aku pun tak habis tulis sebab rasa nak menangis. hanya orang yang pernah kehilangan boleh faham...

      Delete
  2. Aku tak pernah rasa kehilangan tapi, moga Allah limpahkan kenikmatan buat mu selepas kesusahan menimpa mu seperti janjiNya dalam AlQuran. :)

    ReplyDelete
  3. Sedihnya baca entri ni :'( Mungkin saya tak rasa apa yang awak rasa pasal kehilangan ibu/bapa tapi walau apapun, semoga awak kuat mengharungi hidup ini dan sentiasa doakan untuk ibu/ayah awak :')

    ReplyDelete
  4. sy dapat rasa apa itu rasa kehilangan, walaupun bukan parents sy,, tp atuk sy tetap suatu kehilangan yg besar buat sy.. sedih pula ..

    ReplyDelete
  5. sob sob sob...takut nak berada kat tempat kau...rasa kehilanganlah benda paling tak bersedia langsung...T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hrmm... selagi aku masih bernafas aku rasa amat tak patut aku buat benda bodoh bila kena benda macam ni.

      Delete

Followers