My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Wednesday 29 June 2016

Kawaiiest Blog

Assalamualaikum.


Hahahaha. Aku rasa terserlah grammar aku yang salah dekat title tu. *gelak golek-golek*


Tadikan (sewaktu entri ditulis) aku pi jenguk satu blog ni. Biasalah internet akukan suka gurau kasar dengan aku.


Suka main cak cak ciku lepuk cak!


So aku loadinglah balik page tu. Fulamak aih... Nak tau apa yang ada dekat skrin aku waktu tu? Tengok video kat bawah ni sat.






Hohoho.. Mungkin aku yang over excited tapi memang comel bagi aku. Aiseh.


Kuat pulak bunyi radio aku tu.


Oh... kalau korang nak tau blog siapa aku boleh bagi tau. Pfftt....


Yura Yu - http://thoseroadsnottaken.blogspot.my/













Ke aku yang baru tahu ni? *tutup muka. menyorok belakang tiang*


Sayonara.

Tuesday 28 June 2016

Radio Kesayangan Hamba

Assalamualaikum.


Aku ada sebuah radio. Warnanya hitam. Siap ada tempat letak kaset. Umurnya lebih tua daripada aku. Radio itu sudah berbelas tahun mennjadi peneman hidup aku. Dah masuk puluhan tahun bagi ibu aku.


Aku dengan ibu aku mula bengang bila radio itu mula memainkan lagu rock dalam versi sayup-sayup. Lagu jiwang pula kedengaran pula kedengaran seperti lagu Hawaii.


Atau dengan kata lainnya. Radio itu mula buat hal. Dah tua. Diapun tahu rasa penat juga.


Tapi aku sedih sangat. Beberapa hari lepas ibu aku meninggal dunia, radio itu terus jadi bisu. Lampu merah yang menjadi tanda kehidupannya gelap. Kadang-kadang berkelip-kelip. Dan tetap bisu. Aku terasa dunia gelep seketika.


"Tak apalah. Tuan asal kau baik dengan kau. Pandai membelai dan jaga kau. Tak macam anak dia ni. Ganas sangat sampai nak gegarkan kau. Bersemadilah engkau."


Sebagai tanda peringatan. Aku tak pernahpun alihkan radio itu. Cukuplah aku dapat melihatnya.



Radio kesayangan hamba.   ;)























Tapi tadi. Selepas empat bulan. Aku cuba onkan suis. Lampu merah itu masih berkelip-kelip.


Pap!


Pap!


Pap!


Akhirnya radio tu boleh menyanyi balik dengan sungguh sedap ~!


Aku pasang volume kuat. Aku sure kalau ibu aku ada mesti dia bebel marah aku. Siap kata radio tengah main lagu gila. Perlahankan. Perlahankan.


Tapi kali ini. Dah empat bulan dah tak berbunyi. Biarlah aku dengar puas-puaskan? *gelak jahat dalam hati*


Sayonara.

Giveaway Diagnosis Apokalips by stnrsyfh

Assalamualaikum.



Lai lai lai. Jom join contest ni. Macam best je. Hahahaha.


klik untuk join    :)



Klik untuk join     :)







SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS . SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016



 klik untuk join :)
Klik untuk join    :)

Fuh... Kof Kof

Assalamualaikum.


Maaf. Saya baru nak buat intro tapi dah terbatuk-batuk pula. Mungkin sebab banyak sawang rasanya.


Hrmm... Apa yang patut aku tulis hari ini? Adeh.. Tak ada topiklah. Tapi kalau nak diikutkan tak ada topik, sampai bila-bilapun belum tentu aku dapat menulis.


Ehem. Ayat di atas merupakan masalah yang sering membelenggu diri aku. Aku memang tabik spring toink toink dekat sifu blogger yang boleh selalu hapdet blog.


Sedangkan aku. Nak buat blogwalkingpun tersemput-semput dek kemalasan dan kerajinan. Apakah itu?


Kemalasan nak berblogwalking dan kerajinan melayan manga.


Btw, sem paling sibuk sepanjang 3 sem membuatkan aku rasa tak selesa. Rasa tak cukup oksigen. Selalu sakit kepala.


Good luck to me. Good luck to you.


Sayonara.

Monday 20 June 2016

Dah Tukar Duit Raya?

Assalammualaikum.


Fuh. Ini first time aku update guna handphone.


Okay. Berbalik kepada tajuk... ehem. Korang dah tukar ke duit untuk duit raya?


Aku suka betul kalau dapat tukar duit baru. Aku sangat hampa sebab dah dua tahun ni tukar duit dapat duit lama je...


Rasa raya macam ada yang kurang. Sebab aku ni spesies hidu  duit bila dapat duit baru.


Kalau duit lama nak bau buat apa weh. Dah berlipat-lipat. Lepas tu tengok warna pun tak ada selera nak ambik bau.


Jadi kalau korang tau kat mana tempat bank boleh tukar duit baru roger aku tau.


Hahahaha.


Sayonara.

Saturday 18 June 2016

Menangis Itu Nikmat

Assalamualaikum.


Kawan. Aku nak cakap dekat kau satu benda.


Kalau kau rasa nak menangis, menangislah. Tak perlu kau menangis depan semua orang untuk kau menangis. Cukup kau dan Dia.


Memang dah cukup.


Sebab kau tak pernah tahu bila kau dah tak boleh menangis.


Waktu tu kau rasa hati kau keras sangat. Rasa ada benda yang tak settle dalam diri kau sendiri. Kau cari jawapan tapi tak jumpa.


Bila kau paksa menangis, hanya setitis sahaja yang keluar. Tak puas nak menangis.


Aku tak tahu. Mungkin kau terlalu pendam perasaan ataupun kau dah banyak menangis.


Tapi selagi kau boleh menangis. Menangislah. Sebab menangis juga nikmat daripada Dia.


Bersyukurlah.


Sayonara.

Thursday 9 June 2016

GIVEAWAY BUKU {PRE-LOVED} JUN 2016



Yo.


Banyak.


Banyak buku.


Banyak buku giveaway.


Tapi.


Tapi aku.


Tapi aku boleh pilih dan komen dua buku yang aku berkenan.


Aku tak tau.


Aku tak tau aku dapat ke tak.


Tapi aku tetap.


Tetap nak bagi tau buku mana yang aku nak.


Pertama.


Dyspnea Kehidupan by Hadi Saharudin.


Sebab.


Sebab aku tak tau apa itu dyspnea.


Kalau aku dah dapat buku tu, barulah aku tau apa maksud perkataan tu.


Huhuhuhu,


Kedua.


Aku nak buku ni.


Buku Opah Gangnam Style by Zulaihah Karim.


Ekceli aku nak buku ni sangat-sangat..


Sebab dulu waktu ibu aku ada, aku selalu nyanyi lagu oppa gangnam style dengan sebutan 'opah kangkang style'.


So if I get this book... this book will remind me tentang ibu aku. Pfftt.


Please. Aku nak buku ni. *Meow~*


Bila Aku 'Turn On'

Assalamualaikum.


Yeah. Sekarang dah pukul 2.13 pagi dan aku menghadap laptop. Aku tak tau aku selalu rasa tak sedap hati. Rasa macam nak date dengan pakwe lama yang dah 12 tahun tak jumpa. Rasa macam nak naik pentas dapat anugerah. Serba serbi rasa tak sedap hati.


Uhuk.


Sejujurnya sekarang ni aku ada dua blog. Satu untuk aku merapu meraban ntah apa-apa aka blog ini. Yang lagi satu pulak untuk bisnes aku.


Tapi setiap kali aku on internet. Aku cuma check comment. Malas nak buat blogwalking. Malas nak menaip.


Nak tau aku buat apa?


Baca manga weh !


Aku sekarang tengah addicted dengan Dengeki Daisy. Huhuhuhu.


Dulu aku baca Kamisama Hajimemashita (kut?) dan tengah tunggu update.


Haih.


Macam manalah hidup aku nak maju. Scroll blog, tengok orang buat giveaway hati aku kata "Aku nak join weh! Nak weh! Nak giler weh!"


Dan itu cuma sejarah.


Hahahaha. Aku ni kena rajin sikit ni.


Lulz.


Sayonara.

Wednesday 8 June 2016

Sem 3

Assalamualaikum.


Nampaknya dah 3 Ramadhan berlalu.


Minggu depan mula sekolah balik. Urgh. Bila cakap pasal sekolah, aku rasa macam ada benda tak settle dalam hati aku.

Mungkin gambar harimau yang cikgu suruh aku cari, tapi aku tak cari lagi. Lagipun cikgu ada mintak tolong aku buat banner untuk pertandingan sekolah aku. Satu benda yang aku tak pernah buat.


Sejujurnya, aku rasa agak 'gabra' nak masuk sem tiga ni.


Bagaimana dengan anda wahai pelajar upper six?


Sayonara.

Monday 6 June 2016

Tips Khatam Al-Quran di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.


Yo! Bagaimanakah dengan puasa hari pertama anda? Adakah anda masih bersemangat ataupun telah semput termengah-mengah?


Oh, tidak lupa saya menaip supaya segala ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah. Amiinn :)


Hari ini hari pertama puasa dan aku dah ter'miss' sahur. Huhuhuhu. The moral of the story jangan nak tunggu pukul 3 pagi baru nak tidur.


Waktu berbukapun terasa sunyi je bila ibu aku tak ada. Selalunya waktu berbuka ibu akulah yang semangat jerit suruh duduk dekat meja time berbuka. Dialah yang senduk lauk semua. I miss her. Semoga roh ibu aku ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amiinn.


Okay.


Sekarang berbalik kepada tajuk asal :)


Sebenarnya info yang aku mempunyai bilangan khatam untuk sekali, dua kali dan tiga kali khatam Al-Quran di dalam bulan Ramadhan ini.


Untuk sekali khatam, kita bolehlah membaca sebanyak empat muka surat Al-Quran setiap kali selepas solat.


Untuk dua kali khatam, sebanyak 8 muka surat al-Quran dibaca selepas solat.

Akhir sekali, kepada sesiapa yang hendak khatam sebanyak tiga kali bolehlah membaca al-Quran sebanyak 12 muka surat selepas solat.


Kepada yang tidak pandai membaca al-Quran, marilah kita bersama-sama membaca tafsir al-Quran  Ataupun menyelak helaian al-Quran.


In Shaa Allah. Bulan ini bulan mulia :)


Sayonara.

Sunday 5 June 2016

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum.


Seperti sedia maklum, kita bakal menyambut Ramadhan yang mulia. Kadang-kadang aku dan kau cuma menjadikan itu sebagai ayat penyata. Tak pernah mahu memahami apakah yang terkandung dalam bulan Ramadhan.


Jangan lupa.


Aku dan kau perlu cari, gali dan fahami apa yang sepatutnya. Antaranya apa yang ada dalam Ramadhan.


Seperti aku, masih mencari-cari sesuatu yang baru untuk mengubah diri aku. Ada banyak persoalan yang sebelum ini aku tak pernah ingin mencari kini membuatkan aku tertanya-tanya.


Perubahan yang positif aku harapkan. Semoga bukan hanya diri aku sahaja, tapi diri kau juga.


Aku bukan yang baik. Jauh lagi terbaik. Tetapi aku mahu menjadi baik. Walaupun aku sendiri tak tahu apa caranya.


Keliru?


Bagi aku itu bagus. Bila kita keliru, kau dan aku akan cuba mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut. Apa-apa sahaja persoalan yang boleh membawa kita dekat kepada-Nya. Menambah cinta kepada kekasih-Nya juga.


Semoga apa yang telah kita nyatakan bertahun-tahun selama ini bukan hanya ayat penyata semata-mata. Tetapi kita dapat mencari persoalan dan membawa kita kepada satu fasa baru dalam kehidupan. Improve. Itu keywordnya mungkin...


Yang pasti kali ini Ramadhan aku berbeza. Dia tiada lagi bersama-sama dengan aku. Dan aku berdoa supaya aku dapat berubah menjadi lebih baik supaya dapat membantu dia di sana.


Doakan aku.


Semoga kau juga bercita-cita mahu menyelamatkan orang yang paling kau sayang di sana. Bukan hanya sayangkan seseorang di dunia ini sahaja.


Salam Ramadhan buat semua. Semoga kita dapat temui apa yang kita hendak dan perlukan dalam kehidupan ini pada Ramadhan kali ini.


Assalamualaikum.


Sayonara.

Segmen: Sayang Followers Elsa by Elsaalicious



Mangsa aku :

1. http://tomodachilavendra.blogspot.my/
2. http://rahsiahatikuyangtidakkufikirkan.blogspot.my/

Thursday 2 June 2016

Too Slow To Understand

Assalamualaikum.


Aku ingat dulu-dulu ibu aku selalu kata aku ni slow. Makan lambat. Mandi lambat. Buat kerja lambat. Semua lembap. Atau lembab?


Ok. Aku dah keliru.


Ehem.


Sebenarnya waktu aku kecik-kecik dulu aku ada jiran. Oh yeah semua orang ada jiranlah Kei!


Dia lelaki. Nama dia Adam. Aku benci dia selama lebih kurang empat belas ataupun lima belas tahun. Dia ni terlampau nakal.


Dia pembuli. Dia dan abang dia.


Aku berharap aku tak pernah jumpa dia langsung.


And guess what?


Tahun ni aku dapat contact mak dan ayah dia balik. Mak ayah dia pun pernah datang ke rumah aku sebab melawat ibu aku.


Aku ada add wechat, instagram dan whatsapp dia. Jadi aku tahu rupa dia dan kontra bagi sebaliknya.


Pada hari ibu aku meninggal, mak ayah dia datang. Dengan adik dia. Dan dia.


Waktu aku bersembang dengan mak dia depan masjid, aku nampak dia dengan adik dia. Dan aku jeling je kat dia. Aku harap mak dia tak perasan. Kut (?)


Dalam kereta pak cik aku, dia sempat lambai aku. Haih.


Sekarang baru aku sedar. He was a naughty boy. And me just a stupid girl back then. So slowkan aku ni? Dah berbelas tahun baru nak sedar.


Tapi aku dah tak contact dia.


Kadang-kadang aku bukak instagram dia. Asyik pose tak pakai baju je.


Pffftt!


Semoga dia berubah menjadi jejaka sopan, Amiinn.


Sayonara !

TMNT

Assalamualaikum.


Aku ingat lagi waktu aku kecik-kecik dulu selalu tengok kartun ni. Kau tengok tak? Eh jap. Kau tau tak kartun apa yang aku cakap ni.


Teenage Mutant Ninja Turtleslah.


Malangnya sebab walaupun aku selalu tengok tapi aku tak ingat langsung nama seekor penyu tersebut. Sebab aku tengok semua sama je bila tengah berlawan. Hahahaha.


Hmm... Watak sensei penyu-penyu merupakan antara watak yang aku suka. Bayangkanlah seekor tikus mengajar penyu-penyu berlawan!


Fuh.


Oh, lupa aku nak tanya kau. Kau suka tak tengok kartun ni? Sekarang ni tak salah aku dah ada moviekan. Haih. Boring betul. Semua nak moviekan. Bilalah Avatar : The Legend of Ang ataupun Moby Dick nak dimoviekan.


Aku tunggu ni.


Haa... nak tau tak kalau kau ni boleh jadi TMNT yang mana satu? Kalau nak tau jawablah kuiz ni.



http://kei-konves.sharethisstory.net/my-1082680-9072?utm_source=twitter&utm_medium=web&utm_campaign=share



Sayonara.

Lirik Lagu Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan - Rabbani




Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga



  • D' note :
Aku ingat lagi. Dulu setiap kali masuk bulan Ramadhan, inilah lagu yang selalu lagu yang akan aku dengar setiap kali sampai ke sekolah menengah aku.

Tiba-tiba aku rindu sekolah lama aku. Selalunya bila masuk bulan puasa, waktu subjek agama islam, ramai-ramai baca al-maathurat. Bila waktu rehat, open siapa-siapa yang nak baca Quran dekat dewan. I miss that moment.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, mungkin aku tak buat yang terbaik dalam tingkatan enam ni  sebab aku jauh dari Dia. Yelah, dulu ada je ustazah yang selalu remindkan aku macam-macam. Masuk tingkatan enam, cikgu asyik suruh cari couple dan kahwin !

Pfftt...

Sayonara !

Followers