My status

 Keep running till the end of your journey ! 

Monday 4 July 2016

Menangis Itu Nikmat II

Sambungan*


Assalamualaikum.


Aku baru terfikirkan satu konklusi. Kenapa kita terlalu menangis sampai satu tahap kita dah tak boleh menangis.


Tapi selepas beberapa hari atau beberapa minggu kemudian baru kita boleh menangis balik.


Aku rasa kerana Dia.


Dia tengok kita terlampau menangis sampai jiwa jadi terlampau lemah. Diri menjadi rapuh. Jiwa menjadi sakit.


Jadi Dia ambik sekejap tangisan itu. Bagi kita satu tempoh untuk kita bertenang walaupun dalam kekacauan dan berperang dengan diri sendiri.


Mungkin Dia nak kita berfikir. Berfikir dengan lebih dalam waktu itu. Sebab kita akan mencari jawapan kepada soalan yang kita sendiri tak tahu.


Dan apabila dia pulangkan tangisan semula. Tanpa kita sedar kita disisipkan kekuatan di sebalik tangisan itu.


Entahlah.


Ini cuma pendapat sementara aku.


Mungkin akan berubah pada hari besok.


Sesungguhnya kita hanya hamba-Nya yang lemah. Hanya daripada-Nya kita meminjam kekuatan untuk menempuh kehidupan..


Aku mungkin bukan manusia yang terbaik untuk bercakap kata-kata itu, Tapi dalam masa yang sama, aku mungkin berharap ada orang yang bercakap sebegitu.


Sayonara.

3 comments:

  1. suka entry ni.. tak pernah pun terfikir yg Allah ambik sekejap tangisan kita tu huhu

    ReplyDelete

Followers